Sunday, July 31, 2011

NZ bukan new zealand

bismillah ...

ini entri biasa yang akan membuang masa .

beberapa hari lepas , anis dan sara tiba-tiba rasa nak makan nasi goreng daging.
maka , anis dan sara pon bersiap-siap lah untuk ke kedai . beli je . tak rajin sangat nak masak . hahaaaa

sampai ke kedai , anis dan sara pon order makanan . sementara tunggu makanan siap, anis dan sara pon ke kedai runcit , iaitu NZ . anis tak tau NZ tu stand for what . tapi tak penting pon maksud NZ tu apa . abaikan je la.

kat NZ, anis dan sara tawaf kedai sebab tak tahu nak beli apa. tengok soya , belek-belek harga , tak jadi sebab ada kedai yang jual soya lagi murah dari NZ , nak wat cam ne , orang kedekut kan , selagi mampu di kurangkan penggunaan duit tu , kita kena la cuba kurangkan.

tengah pusing-pusing kedai, anis perasan ada sorang mamat ni , ikut je anis ngan sara . dah la stare semacam . anis rasa mcam nak bagi tau je yang anis bukan pencuri dan anis mampu beli barang yang anis nak . tapi tak de la cakap macam tu . takut la gak , kang kena lempang , sia-sia je .

mamat tu usha semacam gila . anis dah pegang beg . mana la tau dia nak seluk saku ke . dalam pada tu , anis tengok jugak beg sara , mana tau dia nak tarik beg sara .tengah takut-takut tu , anis bajek cool la. kena la berlakon . kalau tak , mau nya kena gelak sebab paranoid semacam.

anis tanya sara ( berbisik ) , dia perasan tak pasal mamat tu . sara cakap , sara perasan . tiba-tiba , dia tanya soalan .

mamat misteri : assusshuuushuu ( bahasa english tapi slang apa ntah )
anis : apa jadah nya dia merepek ni . .
sara : hah ??
mamat misteri : are u im im yu student ?
anis dan sara : yeahhh
mamat misteri : can i have ur facebook . i want to add u .
anis : ( tahan gelak ... dalam hati duk gelakkan sara . wahahhaaaa)
sara : ( dengan konfiden ) i don't have facebook .
mamat misteri : hotmail ??

anis dah menyorok kat tepi sara . penat berpura-pura cool pdahal tertahan-tahan nak gelakkan sara .

sara : no, i don't have
mamat misteri : err . what do u have ??
anis : ermm .. sorry . we got to go now . bye . ( terus tarik tangan sara .. )

anis tarik tangan sara keluar dari kedai . tapi mamat misteri tu masih lagi ikut kitorang. ( payah gak kalo kawan-kawan sume comey lote belaka nih , kita plak yang kena jadi penyelamat bila dia berdepan ngan situasi pelik-pelik)

apa yang anis nak bagi tau , simple je . setiap orang ada kelebihan masing-masing . dan setiap orang ada keburukan masing-masing. ada orang , cantik paras rupa tapi bila attract terlalu ramai orang , dia pulak yang susah . ada orang tak cantik parasa rupa , tapi cantik di tempat lain .macam anis ni , jadi superhero la . hahaa . bila tak tidur pukul 1 pagi , memang mental tak berapa center . tu yang boleh ngaku superhero tu . point anis tu .. dalam erti kata lain , setiap orang cantik . sebut pasal cantik , anis nak tanya soalan ,kalau seorang lelaki di panggil cantik , benda tu pujian atau kutukan dalam pujian ?


10 comments:

scya lollita said...

wohh wohh . hot stuff gituu :D

Anis Mohd said...

scya:
kawan2 anis mmg cantik belaka ( ya Allah , semoga diorang tak baca benda ni .. aminnn )

Sche said...

pewitttttt pewittttt

dill said...

pasni turn anis plak. tunggu~

dill.

oranglidi said...

haha.. lawa payah, x lawa pn payah. haha.

report polis je bla jmpa org mcmtu..

[for last qstion, rasanya tu depend pada sang pemuji.. haha. kadang2 ada org btul2 maksudkan. hehe.]

Anis Mohd said...

syeeda :
errrr

dill:
hah ??

OL:
yeap . cm tu la ..
[ lelaki ptut di puji kacak , tapi memang ada lelaki berwajah cantik. wat to do, terpaksa la kata dia cantik, tak kan nak kata dia kacak padahal dia cantik kan . hahaa ]

Cappuccino Lover said...

lelaki cantik, cam sinis je bunyi nye.. hehe

dill said...

pasni turn anis plak diserbu peminat. anis kan comel mcm gula2 :)

|ini bukan bodek|

dill.

Anis Mohd said...

jaja:
sikit2 la . ahahaa

dill:
anis tak nampak kat mana yang tak bodek nya ?? hahaaa

dill slh orang ni . anis lain tu

L said...

ibadah sunat vs menda haram
http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/ibadah-sunat-tp-xbetul-caranya.html