Monday, March 19, 2012

habit

bismillahh

dah lama tak update blog , seronok plak bila tak update ni . hehee ..

habit atau dalam bahasa melayu nya tabiat ( mengikut google translate )

sapa kat sini tak suka reply / balas mesej ????
anis pernah ada tabiat yang ni . malas kan nak balas2 mesej .
anis tak faham betul napa la orang marah dan bengang kat anis bila anis tak reply mesej diorang. relaks la kan ..

sampai lah anis kenal sarrah subbery . manusia sorang ni , buat anis faham apa perasaan orang lain . ada ke patut tengah2 emergency dia tak reply mesej orang & tak angkat call orang.. tak patut betul . bila anis tengah bengang sorang2 , baru la sedar diri ,  "eh .. aku pon macam tu jugak . macam ni lah apa yang orang lain rasa .."

ada lagi tabiat buruk lain .. anis suka dengar lagu yang sama berulang2 .. anis rasa , anis pernah dengar lagu yang sama  selama setahun , lagu yang sama je ..( anis dengar je , anis tak hafal pon lirik lagu tu) anis tak rasa pon benda tu satu masalah .. bayangkan , roomate anis sikit pon dia tak suka lagu tu. terseksa la dia terpaksa bersabar setahun .

sekarang , anis rasa mcam dah dapat balasan dah .. nur amirah shamsulbahrin , dia ada hobi , suka sangat menyanyi . anis dah biasa pon dengan benda tu . dari anis foundation , sampai ke final year ni , menyanyi je keje dia . masalah nya , anis terpaksa dengar lagu yang anis tak suka berulang kali .. kalau musim lagu makhluk tuhan yang paling sexy , lagu tu je keluar .. dalam banyak2 lagu , lagu pelik tu jugak dia nak nyanyi . anis sampai boleh ikut dia nyanyi sekali padahal anis cukup tak sukalah kat lagu tu . sekarang ni , musim lagu yuna .. terukir di bintang .. apa ntah , rasa nya lagu tu la . dari dalam rumah , sampai ke kelas .. lagu tu je yang dia nyanyi .. anis duduk sorang2 dah terikut2 lagu tu .bengang tul laa ..

sekarang ni , anis dah dapat pengajaran dah laa .. dah reti reply mesej orang ,malas la nak dengar ayat " sanggup pilih  1 sen dari sedara sendiri " . pengajaran kedua , bila kita bengang kat orang pasal satu benda , elok-elok la sedar diri , mesti kita pon penah wat benda yang sama jugak sebelum ni , atau selepas ni ..  *tapi kadang2 walopon dah sedar diri benda tu tak elok , masih nak buat jugak . heheee. biasa la, manusia kan.

5 comments:

oranglidi said...

ibarat kata omputeh, what u give u get back. hahaha.


nur amirah shamsulbahrin, sarrah subbery. sedap namenye. name btul ke rekaan? heheh.

Sche said...

hahaha tu la...

kdg2 bila org buat kat kita baru kita sedar.. teruknya kita dulu...
wahahahah

Anis Mohd said...

OL:
nama betul tu . . nama penuh lagi anis letak . hahaa

syeeda :
tau tak pe ..

Anonymous said...

ko layan lagu tamil setahun mcm ko layan drama tamil seribu episod

Anis Mohd said...

uncle:
heh , uncle dengki . mana de anis layan cte tamil seribu episod.anis pernah tgk drama hindi je eh.

bila plak anis dgr lagu tamil ..