Friday, April 30, 2010

bye

bismillah ..

anis duduk di meja study yang sangat-sangat bersepah dengan nota-nota criminal law . bosan . dan mungkin jugak di sebab kan mood yang tak begitu stabil , anis memang tak boleh nak baca apa - apa . tak da yang menarik . rape , theft , kidanapping . bosan .. bila anis pandang luar , anis nampak bulan penuh . ye .. bulan. dan tiba-tiba teringat kat umi , abi dan jugak si tak kacak edward cullen . tiba-tiba terselit nama si tak kacak tak cukup darah tu . hahaa

sekali lagi nak sebut tiba-tiba . anis teringat ...waktu anis kecik-kecik dulu , bila orang tanya anis , kalau nak pergi bercuti , nak pergi mana , anis akan jawab .. CAMERON HIGHLANDS . waktu tu , gile teringin ahh nak g sana . tak de la plak terfikir london paris tu . london paris tu ,sampai sekarang pon tak terfikir nak ke sana .

anis tak ingat tahun bila , tapi waktu tu .. angah bersunat . sebelom sunat , macam biasa la , ada wishlist kan , dan angah cakap , dia nak pergi bercuti kat cameron . tu antara hajat dia . kelakar , sebab kitorang duduk kat tapah je pon . tak da la jauh sangat perjalanan nya . kalo pro bawak , boleh sampai dalam setengah jam ( kompom penumpang tak sempat nak muntah-muntah sebab ter sangat la takut ) .atas bukit dan dan bawah bukit je .

tahun 2002 , november . tarikh 10 november , tu la pertama kali anis jejak kaki ke cameron . bulan puasa . family anis dah duduk situ 3 bulan dah , anis yang malas nak ikut . rela duduk kat tapah sorang-sorang .dalam perjalanan pertama anis dari tapah ke cameron , anis bertekak dengan abi . ada je benda yang nak di pertikaikan . tu memang satu habit abi kalau perjalanan tapah ke cameron atau cameron ke tapah . saja nak buat anis tak berapa sedar ngan jalan yang macam ular kena palu tu . sampai je kat rumah , mcam terkejut jugak . duk apartment . 1st time duduk kat rumah yang tak da ruang untuk tanam - tanam . dah la tingkat 3 . tak da lift plak tu . sampai je kat rumah tu , baru la anis keluar kan semua benda yang selalu nya orang keluar kan dalam perjalanan yang pening-pening . dah duduk 8 tahun lebih pon, anis masih lagi ada masalah yang sama tiap kali lalu jalan tu .

esok nya , 11 november , beday anis . bulan puasa . bangun pagi sebab sedar ada orang kiss dahi sambil sebut happy beday . umi ngan abi . okay , hari tu anis tak puasa sebab umi ngan abi tengok anak dara dia demam dasat sangat . kejutan suhu . cuaca yang sejuk tu sangat lah annoying . hahahaa .

pertama kali makan buah strawberry kat cameron . sangat-sangat teruja jugak . strawberry kot . selalu tengok dalam buku je . tak pon dalam tv , rancangan chef wan . letak buah tu atas kek .tengok dalam tv macam sedap je .punya la tamak haloba , ambik buah tu , terus je sumbat sebiji sekali . dan terus je rasa macam kena tipu . dalam tv tunjuk macam sedap gile . tapi buah tu , tak sedap mana pon , masam ada la .. better makan rambutan ke , manggis ke .

lepas tu , abi bawak anis pergi ladang teh , ladang sayur , ladang bunga . dan tempat-tempat tu , sampai sekarang anis tak paham , kenapa orang prgi situ . pergi ladang teh , bukan dapat apa . ada pokok-pokok warna hijau n kalau pegang daun dia , ada getah yang beracun . pergi ladang sayur pon , tak dapat apa , yang dapat , cabut-cabut siput perosak yang ada kat sayur . ladang bunga ?? ada apa je ? kaktus ?? ahh .. bosan . .

minggu seterus nya , abi bawak pergi sungai bisek , lata robinson , parit fall ( buruk betul la nama nya ) . dan apa yang patut di buat kat tempat - tempat tu . tengok air . ye , tengok air . nak mandi kat situ agak mustahil . anis tak rasa nak mandi air sejuk-sejuk kat tempat sejuk . sebenar nya anis memang tak pernah nampak orang mandi pon kat situ . yang selalu ada , pergi situ , tangkap gambar . posing lompat-lompat , muncung-muncung mulut . lepas tu balik .

yang best kat cameron , bila cuti sekolah , pasar malam setiap hari . hahahaaa ..yang tak best nya , bila cuti sekolah , semua barang harga naik mendadak + jalan tersangat-sangat lah jam .

banyak jugak benda-benda annoying kat cameron tu . tapi cuti ni , anis akan cuba buat semua benda-benda annoying tu . yeahh .. anis akan cuba melawat ke setiap pelusuk cameron . strawberry . come to mama .. anis akan cuba suka ko utk cuti ni . ladang teh , here i come .. atau mungkin jugak anis cuba untuk menghayati tidur dalam cuaca yang best di cameron .

lepas cuti sem ni , susah untuk anis jejak kaki ke cameron higlands dah .dan lepas ni , anis memang dah tak da sebab untuk pergi ke cameron . selepas cuti sem ni , cameron akan kehilangan seorang penduduk yang baik . bila dah taip2 ni , terasa loser gile plak sebab mengenang kan anis tak da rakan sebaya yang rapat kat cameron . memang tak da . hahaa .tapi lantak la . dah memang balik sana waktu cuti je kan . mana la sempat nak berkenal-kenal ngan rakan sebaya .

sepatut nya tahun ni , akan jadi tahun ke 9 ( rasa nya la .. ) tinggal kat sana . di sebab kan anis dah buat keputusan utk pindah tahun ni jugak , maka nya , pindah .. ( well , jadi anak sulung ni best , berpeluang buat keputusan macam ni . hahahaa ) . rasa nya , anis bakal merindui benda-benda annoying di cameron highlands. bukan rasa , tapi hampir kepada pasti .okay la , nak taip tu je laa .. TAMMAT .

* anis paham bm anis memang hancus .
* anis jugak paham yang tanda bacaan anis lintang pukang .

5 comments:

Akmar Anuar said...

alahai...cian die...
sebab exam pressure, terus teringat kat cameron die tu..huhu...

anis, akmar pon xingat akmar pernah gi situ ke tak..
tp mcm best pe amek2 gamba kt ladang teh? kan lawo? :D :D

oh ade sungai kt situ? OMG :O
sape nak mandi? ikan2 ade ke? mak ai..takleh bayang..

Sche said...

hurm!! anis chills la babe!! kdg2 tempat yg kitew x suke tu!! yg baek tuk kitew dan sebalik...

hurm tapah dekat cikit mungkin bagus tuk semua!! esp Umi!! haahaa!!

hahaa baru nk jadikn ko penunjuk jalan ke Cameron!! Tour guide ehehee..

Anonymous said...

wei. aku nak pegi cameroon
ko pindah keluar, aku nak pindah masuk ler



... Kantoi Aku Meminati Seseorang (II) ...

Anis Mohd said...

kama :
xm pressure ? ?
apa tu ?? hahaa

adik anis pernah mandi kat situ .tp anis rasa tu bnd gile utk d buat . air die sejuk kot .

syeeda:
umi tak tahan cuaca panas laa ..

uncle:
x da halangan la uncle . sila lah pergi sana . .

akmal asyiqien said...

sah, seyes weh ko nak pindah dari cameron tuh? ko duk sorang means? jangan weh, aku takut ko lebur je dengan kepanasan tanah rendah mesia tuh..