Thursday, May 06, 2010

1 mei yang ...

bismillah ..

1 may yang lepas , anis dan mira ke mydin untuk membeli barang-barang rumah . sampai je di mydin . waahhhh .. cancel . g tempat lain lah . rimas betul pergi tempat yang ramai orang nih .

maka nya , menukar haluan . antara JJ dan Giant , Giant di pilih sebab Giant kat Melaka Mall tak ramai orang . tambahan pulak , nak parking , tak payah bayar . sampai di sana , anis keluar kan duit . plan nak keluar kan 60 . tapi tak da duit 10 plak . so, anis keluar kan 50 je la . dalam beg duit memang ada duit sebanyak 50 ringgit , tak lebih , tak kurang . sekeping tu je la yang ada .

masuk ke Giant, ambik troli . sebab utama , nak beli beras . berat kot . pusing punya pusing , Giant tu tak banyak barang la pulak . tak best la sket sebab nak beli daging nampak daging tak cantik , nk beli sayur , nampak sayur tak segar . last2 beli udang n ayam sket . sampai ke tempat air . wahhh .. vitagen 4 ringgit . bagus2 . laju je tangan mia ambik sampai dua . pusing punya pusing , kitorang ambik la kangkung .

sampai je kat tempat nak bayar , baru perasan , kangkung tu tak da tag harga tuh . kena la pergi ke scan segala tu . mia pergi la . tinggal kan anis sorang-sorang .

akak cashier itu pon scan satu -satu , anis tengok harga , 12 , lepas tu jadi 22 , lepas tu jadi 34 , lepas tu jadi 41 , dan tiba-tiba keluar lah angka misteri . RM53.72 . mia tak sampai lagi . dan anis , ada duit sebanyak RM50 sahaja kat tangan . dah rasa macam nak lari tinggal semua barang-barang dah . gila memalukan . tak cukup RM3.72 sen .

dan tiba-tiba ada seorang pak cik datang hulur RM 5 . anis betul-betul tak tau nak cover muka macam mana dah . dan pak cik kat belakang anis , gelak tak ingat dunia dah . anis dah maki-maki dalam hati dah waktu tu . bila dah abes bayar dengan tambahan RM 5 dari pak cik tu , mia pon sampai . kelam kabut anis mintak RM5 dari dia untuk bayar balik kat pak cik tu . lepas bagi RM5 + berterima kasih , anis terus keluar dari situ . mia plak dengan baik hati nya gelak tak abes-abes .

anis dan mia pon menerus kan perjalanan . balik rumah sebenar nya .sampai je di traffic light petronas , mia boleh dengan sopan nya membrek . dan streeetttttttttt ( sound efek yang agak tak leh blah . ) dan semua orang dalam kereta kat traffic light tu pandang kitorang .

berlaku lah gadoh2 mulut antara kitorang berdua ~

anis : sejak bila plak ko berhenti kat lampu kuning .
mia : nak jadi baik kejap
anis : perlu ko jadi baik secara tiba-tiba padahal tadi ko tekan minyak ?
mia : kuat sangat ke bunyi nya
anis : tak la . sebab tu pak cik sebelah ni dari tadi pandang kita sambil gelak-gelak .
mia : aku nak ikut undang-undang je la . sekali sekala ..
anis : orang buat peraturan supaya ada orang langgar peraturan tu .
mia : langgar lampu merah ko bising , berhenti kat lampu kuning pon ko bising .
anis : tak bising kalau ko tak tekan minyak
mia : bukan nya drift pon. kalau polis tengok pon , diorang bangga sebab aku bersungguh- sungguh ikut peraturan jalan raya . pak cik tu pandang kita lagi ke ?
anis : bukan pak cik tu je .
mia : tak wat salah kot .
anis : ye , tak kata pon salah .

dan lepas tu , kitorang senyap .... n gelak sama-sama . hahaaa ..
sampai di rumah , berlaku lah aktiviti membahan . mia dengan baik hati nya sanggup menyanyi lagu 3 ringgit kat anis . dan anis ter paksa reply balik lagu tu dengan nasyid .

moral dia :
-mesin atm tu yang salah . kalau dia ada 10 ringgit , kompom anis tak malu ari tu .
-kadang-kadang , kita kena langgar peraturan jalan raya . kalau semua orang ikut . tak da kerja la polis yang nak saman-saman dan jugak jpj . hahaa

8 comments:

Akmar Anuar said...

fes bende nk ckp..

COMEL!

hehe comel la anis n mia nih..
hehe :P

Anonymous said...

comel apa ke bendenyer
budak x cukup duit ko kata comel? cis

kalau aku aku dah usir siap tendang bontot

ha

lagi satu budak yang tetiba brek lepas tekan minyak. nak tarik perhatian umum ker? comel ko kata? ceit! --> suruh mia baca komen ni

kasut roda said...

ahahahha!anis,malu siut.lau aku dah tinggal dah barang kat kaunter tu.kui3x..

Akmar Anuar said...

anis, en. kapten tu jeles akmar tak puji die comel....hehehe

Anonymous said...

COMEL

utk perkara yg membahayakan diri & org Laen!!! haahaa Funny la...kama

haaha mmg agk maLu lah Bilew X ckp Duit Nk byr Kn..

hahaahaaha

moRal Of story...
PakaiLah Debit Kad!! haahaa
Peraturan utk dilanggar...;P

(MalaSnkTuLisNaMa)

Faizul said...

booo..student tak cukup duit ek?..
wakaka

er kalau semua ikut peraturan, polis takde keje, so polis pun kurang, so kurangla nak bayar gaji polis, so kurangla tax yg dikenakan, so kita akan ada duit lebih sebanyak rm3.74 sen untuk bayar di kaunter.
mekaseh!

Anis Mohd said...

kama :
comel ? tang mana nya cik ?

uncle :
anis x ckp pon comel . mana da nak menarik perhatian . klo mia tu nak tarik perhatian orang , die tak payah terlalu mencuba macam tu . haha

sela :
tak leh nak bernafas kot waktu tu ..

kama :
jom la kita sama2 puji uncle ..
comeeeii nye uncle ni .. hahaa

syeeda :
funny ? memalu kan ada la ..
debit card x cukup kepuasan . pegang cash terbaik woo ..

incik :
ada duit laa ...
alaa .. nnt deme cr la cara lain plak utk kikis duit rakyat . sama je ..

Anonymous said...

Moral of the story, klu duet xbrp nak ada, sblm nak g bayar kire dl siap2 brp harga sume brg... klu x nanti kebarangkalian nak memalukan diri sendri tinggi macam anis..hehehe.